Pakai batik, kerajaan dapat jimat tenaga dengan naikkan suhu penghawa dingin – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan Kabinet telah bersetuju untuk melaksanakan kecekapan tenaga dengan menetapkan suhu di bangunan premis kerajaan diselaraskan kepada 24°C hingga 25°C.

Justeru kata beliau, Kabinet juga telah bersetuju agar semua penjawat awam diberi kebenaran dan kelonggaran untuk memakai pakaian batik pada waktu bekerja tidak hanya pada hari Khamis seperti sebelum ini.

Justeru kata Nik Nazmi, keputusan ‘low hanging fruit’ yang ada kesan besar kepada penjimatan tenaga, industri batik dan imej negara.

“Mengambil kira kesesuaian pakaian bekerja penjawat awam dengan realiti iklim tempatan dan keperluan kecekapan tenaga di premis kerajaan, mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju agar semua penjawat awam diberi kebenaran dan kelonggaran untuk memakai pakaian batik pada waktu bekerja tidak hanya pada hari Khamis seperti sebelum ini.

“Saya telah membentangkan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) Energy Efficiency and Conservation Act (EECA) dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Ogos 2023.

“Turut dibangkitkan dalam pembentangan tersebut adalah berkenaan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2014: Garis Panduan Kaedah Penjimatan Tenaga di Pejabat dan Premis Kerajaan yang antara lain menetapkan supaya suhu di bangunan dan premis Kerajaan diselaraskan kepada 24°C hingga 25°C,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, keputusan yang dicapai telah mengambil kira iklim di negara ini dan juga komitmen kerajaan untuk mencapai aspirasi pembebasan gas rumah hijau (GHG) sifar bersih seawal tahun 2050 dengan mengurangkan jejak karbon daripada amalan penggunaan tenaga elektrik.

“Hal ini bagi memberi keselesaan kepada penjawat awam untuk menyesuaikan cara pemakaian dengan perubahan suhu premis yang telah ditetapkan dalam usaha kerajaan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, menyokong inisiatif kecekapan tenaga dan sekali gus merangsang pembangunan industri batik Malaysia.

“Cadangan perubahan terhadap kod etika pakaian ini juga akan dipanjangkan kepada sema Ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan
Negara,” jelas beliau.

Tindakan Nik Nazmi ini mendapat pujian bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Saya pernah tegaskan sebelum ini, Nik Nazmi adalah Menteri paling bagus dalam Kabinet Kerajaan Madani.

“Nik Nazmi memahami dan jelas dengan tugas beliau di kementerian. Beliau tidak membuang masa menyerang lawan sebaliknya terus menjalankan tanggungjawabnya,” puji Khairy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat