Rizam mampu sumbang pembangunan Selangor – Imran Tamrin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kepimpinan Pemuda Umno Selangor bersedia bersama dan menjayakan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Ketuanya, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, Pemuda Umno Selangor juga bertekad untuk memperkukuh peranan dan kebersamaan Umno dalam kerajaan negeri melalui ADUN Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail dalam melaksanakan agenda #KitaSelangor dan mengukuhkan usaha-usaha Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor untuk pembangunan negeri dan demi kesejahteraan serta keharmonian rakyat berbilang bangsa dan kaum di Negeri Selangor.

“Pemuda Umno Selangor mengucapkan sekalung tahniah kepada Datuk Seri Amirudin yang dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor untuk terus memacu tekad membangun Negeri Selangor yang tercinta dalam Gagasan Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Seluruh kepimpinan Pemuda Negeri Selangor juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada bekas Ketua Pemuda Negeri Selangor, Datuk Rizam Ismail, ADUN Sungai Air Tawar yang telah dipilih dan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

“Kami yakin dengan pengalaman, latar belakang dan kepimpinan Datuk Rizam Ismail bahawa beliau dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan dapat menjadi nilai tambah serta menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor dan kesejahteraan Rakyat khususnya di Anjung Utara Selangor,” kata Imran dalam kenyataan, semalam.

Pilihan raya negeri (PRN) Selangor menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya menang dua daripada 12 kerusi dipertandingkan.

Dua kerusi itu ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar diwakili Datuk Rizam Ismail dan Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat