MN Masih Hidup, Hubungan PAS Dengan UMNO Tetap Baik – Abdul Hadi

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – Pas menamatkan kekeliruan ramai yang gagasan Muafakat Nasional (MN) diasaskan bersama UMNO pada September 2019 masih lagi hidup.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, MN tidak berkubur mahu pun menuju di penghujung sebagaimana yang dakwaan segelintir pihak.

“Insya-Allah (MN) boleh diselamatkan, masih lagi hidup dan tidak dikuburkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Pas Ke-70 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Sebelum ini, kerjasama MN antara UMNO dan Pas dilihat seperti menuju ke arah perceraian susulan kenyataan kedua-dua kepemimpinan parti yang seolah-olah menyalahkan antara satu sama lain.

Antaranya termasuk tuduhan Pas yang kononnya UMNO melanggar piagam MN.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi mengesahkan, hubungan antara parti itu dengan UMNO masih berjalan seperti biasa dan baik.

Katanya, kedua-dua parti sentiasa berhubung dan akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat