PRN Johor: Tanding Bebas, Keahlian PAS Penyandang DUN Bukit Pasir Batal – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

SHAH ALAM – Keahlian penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Najib Lep dalam Pas terbatal secara automatik susulan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Memetik laporan portal FMT pada Ahad, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan Najib bertentangan dengan arahan dan keputusan parti.

“Saya tegas bahawa semua ahli parti mesti akur keputusan parti.

“Tindakan beliau (Najib) secara automatik telah gugurkan diri sebagai ahli parti dan semua ahli, penyokong Pas diminta memberi undi kepada calon Pas mewakili PN dalam PRN Johor termasuk di DUN Bukit Pasir,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Najib membuat kejutan dengan mencalonkan dirinya sebagai calon Bebas di kerusi DUN Bukit Pasir dan berdepan pertembungan enam penjuru termasuk melawan calon PN yang juga daripada komponen Pas selain bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Pejuang) dan seorang lagi calon Bebas.

Najib bersedia untuk menerima sebarang tindakan daripada pimpinan parti kerana melanggar arahan dan mengambil keputusan untuk bertanding sebagai Bebas di kerusi DUN berkenaan.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, peringkat awal parti telah mencalonkan Najib di DUN lain selepas membuat kajian kemampuannya memenangi kawasan yang dipindahkan, bagaimanapun keputusan itu tolak.

“Parti telah mencalonkan beliau di DUN lain yang lebih (baik) baginya (untuk menang) dalam kajian yang dilakukan, namun beliau menolak dan ingin kekal di kawasan lama dan ini bercanggah dengan keputusan parti yang mengambil kira semua faktor.

“Sebagai bekas Naib Yang Dipertua kawasan, beliau harus mematuhi keputusan parti yang terbukti manfaat untuk beliau,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat