Bahana Rohingya Masuk Universiti Awam.

- Advertisement -

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff

Hari ini Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Khaled Nordin telah mengeluarkan satu kenyataan yang amat dangkal dengan menyatakan pelarian Rohingya kini dibenarkan untuk belajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Sewajarnya KPT mengkaji secara lebih mendalam mengenai perkara ini kerana masalah pendatang Rohingya di Malaysia semakin membarah.

Telah jelas bahawa pendatang atau pelarian Rohingya ini datang ke Malaysia bukan semata-mata untuk mencari suaka, tetapi mereka sebenar-benarnya mahu menjadikan “rumah” kekal bagi mereka.

Lihat sahaja keadaan Pasar Borong Selayang yang telah di”jajah” oleh etnik ini. Itu belum lagi dikira masalah sosial yang dibawa oleh golongan ini sehingga menyebabkan kota-kota besar di seluruh Malaysia semak dengan kehadiran mereka.

Lambakan pengemis, gangsterisma (sudah lupakah kita kepada keangkuhan Long Tiger), aktiviti pemerdagangan manusia dan bermacam lagi hal terjadi disebabkan oleh kebanjiran pelarian Rohingya di negara ini.

Dengan membenarkan mereka melanjutkan pengajian di IPTA (khususnya disebutkan oleh Menteri KPT adalah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)), ia seolah-olah memberi pengiktirafan kepada etnik ini untuk terus bermastautin di Malaysia.

Sikap pelarian Rohingya yang sombong dan bongkak dengan “kuasa kad UNHCR” milik mereka telah lama mendatangkan perasaan sebal di dalam sanubari rakyat Malaysia.

Tidak salah untuk kita membantu pelarian luar negara yang sedang berhadapan dengan marabahaya di negara asal mereka, tetapi bantuan itu jangan sampai menyusahkan rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda negara ini.

Ribuan anak muda pelbagai bangsa di Malaysia menginginkan tempat di IPTA, apakah kita sanggup mengenepikan hak mereka semata-mata ingin memberikan ruang kepada golongan pelarian yang tidak pernah berterima kasih kepada bantuan yang kita berikan selama ini?

Bak kata pepatah Melayu “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.

Jangan kerana terlalu teruja untuk mendapatkan dana RM 50 juta daripada Negara Qatar, kita menidakkan hak rakyat Malaysia yang sudah terlalu jemu dengan permasalahan pelarian Rohingya ini.

Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum kerajaan meluluskan tindakan ini yang boleh memberikan impak yang amat besar kepada pembangunan sosial negara.

Pertama, Khaled Nordin dan para pegawai tinggi di KPT harus melakukan satu kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) terlebih dahulu sebelum terlalu teruja untuk melaksanakan inisiatif ini dan mengumumkan kepada masyarakat.

Kedua, sewajarnya perkara ini dibincangkan dahulu dengan Menteri Dalam Negeri yang diketuai oleh YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution, kerana hal ini melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara.

Ketiga, perkara ini wajar diteliti di dalam mesyuarat kabinet, yang mana saya percaya YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ternyata sentiasa peka dan cakna dengan isu rakyat akan memberikan pendapat beliau yang lebih memihak kepada rakyat Malaysia.

Keempat, dapatkan maklum balas daripada rakyat Malaysia dengan membuat satu survey terbuka, sama ada majoriti rakyat Malaysia setuju atau tidak dengan keputusan KPT untuk membenarkan pelarian Rohingya untuk diangkat menjadi siswazah atau graduan IPTA Malaysia.

Saya tidak kisah atau hirau sekiranya pelarian Rohingya dimasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kerana kolej dan universiti swasta tidak dibina dan diuruskan dengan dana daripada kerajaan Malaysia.

Namun apabila IPTA dijadikan tempat untuk meletakkan golongan ini, sudah tentu kita sebagai rakyat Malaysia harus bangkit dan menentang kebobrokan yang datang dari KPT sendiri.

Adakah KPT sanggup melihat UIAM, sebuah universiti yang mempunyai nama sebegitu gah akhirnya senasib dengan Pasar Borong Selayang yang sekarang ini dikuasai oleh golongan ini.

Khaled Nordin dan para pegawai yang duduk di kerusi empuk di KPT harus segera sedar bahawa apa yang dilakukan oleh beliau ini mencarik aspirasi Madani yang khusus dirangka untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Ingatlah, kerajaan Malaysia perlu sentiasa mengutamakan rakyat dan bukannya warga asing yang kehadiran mereka tidak lagi diterima baik oleh majoriti besar anak watan.

Kita semua berharap agar YAB Perdana Menteri Malaysia dapat segera campur tangan dalam hal ini dan menghentikan tindakan KPT yang langsung tidak menghiraukan perasaan rakyat.

Jangan kita biarkan agenda reformasi dan aspirasi Madani dihambat kontroversi dek kerana kedangkalan pemikiran seorang Menteri dan pegawai-pegawai kementerian yang sudah terlalu jauh (out of touch) dengan kehendak rakyat Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat