Tiket Konsert Wings ‘sold out’ dalam masa lima minit

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Tiket Konsert Wings untuk malam kedua di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC, di sini, pada 16 Julai ini habis dijual dalam tempoh lima minit, hari ini.

Tiket yang mula dijual pada jam 10 pagi hari ini habis dijual pada jam 10.05 minit, sekali gus membuktikan sambutan hebat terhadap kumpulan rock legenda yang dianggotai Datuk Awie (penyanyi), Eddie (bass), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar) itu.

Terdahulu, jualan tiket konsert malam pertama mereka di lokasi sama pada 15 Julai habis dijual dalam masa 15 minit selepas dilancarkan pada jam 10 pagi, 16 Jun lalu.

Awie ketika dihubungi bersyukur atas sambutan hebat terhadap konsert mereka itu.

“Alhamdulillah. Terima kasih Allah, terima kasih ibu bapa, terima kasih keluarga kami yang sentiasa menyokong dan terima kasih wartawan serta penyokong yang sentiasa berdiri bersama kami dalam keadaan susah senang Wings,” katanya.

Awie juga bersyukur kerana Wings masih diberi peluang untuk menghiburkan semua peminat mereka. “Semoga kami sentiasa dilindungi dari perkara-perkara yang tidak elok, sakit atau apa saja yang tidak boleh membuatkan kami beraksi.

“Kami akan teruskan usaha untuk berikan sesuatu yang berlainan kepada semua peminat Wings. Insya-Allah. Terus doakan kami yang baik-baik. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terbabit secara langsung atau tidak dalam perjalanan Wings ini. Hanya Allah saja yang dapat membalas segala budi dan jasa kalian,” katanya kepada Harian Metro.

Awie berkata, mereka mungkin akan melakukan sedikit perubahan untuk konsert selama dua malam ini. “Kami sudah susunkan lagu-lagu yang betul-betul jarang kami mainkan dan ada yang tidak pernah dimainkan langsung. Kami akan berikan malam itu,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat