Aina Abdul janji akan jaga sensitiviti berpakaian

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi, Aina Abdul berjanji akan menjaga sensitiviti berpakaian ketika beraksi pada konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) Live at Istana Budaya, di sini, yang bakal berlangsung Sabtu dan Ahad ini.

Namun, Aina berkata, dia masih mengekalkan identiti dalam berfesyen selain mengambil kira semua saranan yang diberikan orang ramai.

“Dalam konsert dua malam itu, saya akan pakai busana berbeza. Saya bakal memperagakan 10 persalinan hasil rekaan pereka fesyen tempatan seperti Melinda Looi, Zaimi Zulkafli, Rizman Ruzaini, Tsyahmi, Wan & Mary, Behati, Khuntumn dan Masyadi Mansoor.

“Saya tetap mengekalkan identiti Aina Abdul iaitu berani bereksperimen dalam berfesyen, tetapi saya mengambil kira saranan orang ramai dan akan menjaga sensitiviti agar tidak terkait isu panas.

“Baju yang saya gayakan mempunyai maksud tersendiri dan ada juga bersifat ekstravaganza seperti yang selalu saya pakai. Tunggu dan lihat hasilnya nanti, saya memang tak sabar,” katanya.

ANWAA 2.0 menjadi medan Aina menonjolkan bakat sendiri dan sebagai tanda terima kasih kepada semua peminat yang selama ini tidak pernah berhenti menyokong kerjaya seninya.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Konsert ini menjadi tanda usaha gigih saya dan pasukan Aina Abdul Entertainment untuk memberikan sesuatu untuk peminat.

“Kalau boleh pada malam konsert, saya nak penonton sama-sama menghayati apa yang saya cuba sampaikan, sama-sama menangis, sama-sama ketawa, sama-sama menyanyi.

“Saya nak semua puas menyaksikan ANWAA 2.0 dan saya memohon doa semua peminat agar perjalanan konsert selama dua malam dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat