Amyra dinobat Pengacara TV Paling Dipercayai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Baru setahun jagung menceburkan diri dalam bidang pengacaraan, hos Nona terbitan TV3, Amyra Rosli dipilih Pengacara Televisyen (TV) Paling Dipercayai pada Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2022 atau Reader’s Digest Trusted Brands and People Awards, baru-baru ini.

Amyra mula menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Nona sejak 8 Ogos tahun lalu. Kepetahan Amyra berbicara dengan gaya bersahaja membuatkan penonton tertunggu-tunggu kemunculan aktres jelita ini setiap minggu, membentangkan topik menarik isu semasa membabitkan wanita dan keluarga.

Hasilnya, program Nona yang disiarkan TV3 pada setiap Ahad jam 2 petang, menambat hati hampir sejuta penonton setiap minggu.

Kemenangan diraih ini ibarat mimpi menjadi kenyataan bagi ibu kepada Aqeef Anaki dan Ayra Aryssa ini.

“Nona dilihat sebagai penggerak langkah untuk saya menimba pengalaman dalam dunia pengacaraan.

“Pada masa sama, program ini juga memberi semangat kepada wanita di luar sana. Ini kerana program ini menceritakan luahan dan perkongsian kisah realiti, inspirasi dan kehebatan kaum Hawa.

“Saya berharap program Nona ini dapat memberi manfaat kepada semua penonton,” katanya.

 

Program Nona yang disiarkan TV3 menambat hati

 

Pengalaman lebih 13 tahun berada di hadapan kamera banyak membantu Amyra mengacarakan program Nona dengan identitinya tersendiri, seiring aura hos terdahulu.

Antara pengacara Nona yang mencipta impak tersendiri adalah Puan Sri Normala Samsudin, Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fawzy, Datin Fouziah Gous, Mira Filzah, Uyaina Arshad dan Neelofa.

Sementara itu, TV3 dalam kenyataan mengucapkan terima kasih kepada penonton setia atas kepercayaan dan sokongan yang diberi kepada Amyra.

“Tidak dilupa ucapan syukur kepada penonton sedia setia dan baharu kerana sentiasa menjadikan Nona rancangan kegemaran anda,” katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook (FB), Instagram dan Twitter di @TV3Malaysia.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat