KKM perjelas penangguhan penempatan latihan siswazah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil perhatian serius berhubung isu yang dihadapi oleh sebahagian graduan perubatan yang telah diberi Surat Layak Daftar oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM) namun penempatan latihan siswazah terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba berkata, penangguhan ini dibuat selaras dengan penjelasan MPM supaya tawaran pelantikan dan penempatan latihan siswazah ditangguhkan sementara waktu bagi memberi ruang kepada MPM menyelesaikan isu keperluan pewartaan semula nama kelayakan dan atau nama universiti yang didapati berbeza mengikut Jadual Kedua Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

“Jumlah universiti yang terlibat adalah 36 buah yang mana isu ini telah menjejaskan sejumlah 267 orang graduan perubatan yang telah mendaftar dan melepasi tapisan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

” Perbezaan ini menyebabkan MPM tidak dapat mengeluarkan Sijil Pendaftaran Sementara hingga perkara ini diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Adham memberitahu, berdasarkan perkembangan terkini setelah MPM merujuk pandangan perundangan, Sijil Pendaftaran Sementara boleh dikeluarkan kepada graduan perubatan terlibat.

Sehubungan itu, katanya satu notifikasi telah dikeluarkan menerusi e-mel kepada graduan perubatan yang berkenaan pada 21 Jun 2021 (Isnin) bagi membolehkan mereka mendaftar dalam sistem e-Housemen dan seterusnya membuat pemilihan penempatan latihan siswazah pada 22 Jun 2021.

“Dalam hal ini, mana-mana graduan daripada sejumlah 267 orang graduan perubatan tersebut yang belum menerima notifikasi e-mel, bolehlah memaklumkan segera kepada urus setia menerusi alamat emel [email protected]. untuk dibantu sewajarnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat