PRU-15 kita sudah bersedia bila-bila masa – Saarani Mohamad

- Advertisement -

MANONG: Kita di Perak sudah bersiap siaga seawal 2018 lagi. Sebab semasa itu kita lihat PKR waktu itu tidak stabil dalam Dewan Negeri,” kata Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menteri Besar Perak itu berkata, beliau telah mengarahkan jentera UMNO-BN di Perak untuk bersiap sedia pada ketika itu seandainya berlaku PRN, namun ia tidak berlaku.

“Kita bangkit berkali-kali. Saya sudah arahkan kepada UMNO-BN kita bersiap jika berlaku PRN pada ketika itu. Tapi tak berlaku.

“Setiap masa sehingga hari ini, esok dan seterusnya saya ada setiap malam berurusan dengan bahagian bahagian untuk melihat persediaan mereka.

“Saya ada kumpulan yang turun ke bawah melihat setiap PDM dan juga cawangan cawangan. Kita di Perak sudah bersedia bila bila masa”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada SuaraTV selepas menghadiri ‘Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Manong dan Mengopi Bersama Menteri Besar Perak’.

Turut hadir di majlis berkenaan, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid, Ahli Dewan Undangan Negeri Manong, Mohamad Zuraimi Razali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan, Datuk Maslin Sham B.Razman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat