Proklamasi Orang Melayu Cuma Cari Jalan Selesaikan Kemiskinan Bukan Perkauman – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Proklamasi Orang Melayu yang ditulis hanya menyalahkan pemimpin perasuah sahaja.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, Proklamasi Orang Melayu yang ditulis tidak menyalahkan bangsa lain.

“Sebaliknya ia menyalahkan pemimpin perasuah sahaja. Merekalah pemimpin yang salah guna kuasa, mencuri wang, tidak bantu Melayu selesaikan masalah kemiskinan.

“Jika kita tidak cari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi Melayu, jadi tidak salah jika dikatakan Kerajaan hari ini mengiyakan kemiskinan dalam kalangan Melayu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pun begitu, Dr Mahathir mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan orang Melayu bincang masalah yang dihadapi.

“Tetapi sekarang sebagai Perdana Menteri, dia tidak benar langsung orang Melayu bincang masalah yang mereka hadapi.

“Perbuatan berat sebelah terhadap Melayu adalah petunjuk sikap perkauman kerajaan. Ianya hasutan kerana bertentangan dengan perlembagaan negara kita.

“Oleh itu pemimpin kerajaan- lah yang perlu didakwa atas hasutan,” bidas beliau.

Dr Mahathir berkata demikian apabila penganjuran program Proklamasi Orang Melayu dibatalkan sebanyak empat kali.

Beliau malah mendakwa pentadbiran kerajaan kini lebih zalim daripada penjajah British kerana ketika pemerintahan British, orang Melayu masih boleh berkumpul dan bersuara.

Dr Mahathir berkata, pembatalan perjumpaan Proklamasi Orang Melayu sebanyak empat kali sebelum ini mungkin disebabkan tangan ghaib yang takutkan bayang-bayang sendiri.

“Mereka takut segala salah laku mereka akan terbongkar apabila orang Melayu bersatu dan sedar perbuatan mereka selama ini,” katanya.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu akan meneruskan kempen itu di media sosial dan segala saluran publisiti lain termasuk jelajah rakyat di seluruh negara.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menjelaskan Ops Lalang berlaku ketika beliau sebagai Perdana Menteri.

“Ia bukan atas arahan saya.

“Tun Hanif Omar telah jelaskan ianya keputusan yang dibuat polis. Perdana Menteri perlu dengar pandangan polis. Mereka bertanggungjawab atas keselamatan negara. Pandangan dan nasihat mereka tidak boleh ditolak begitu saja,” jelas beliau.

Kata Dr Mahathir lagi, parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) selalu menyalahkan beliau disebabkan Ops Lalang.

“Namun apabila sesuatu menguntungkan objektif mereka, mereka dengan bangga terima saya sebagai rakan dan pilih saya sebagai calon Perdana Menteri mereka.

“Semasa saya Perdana Menteri keempat, Anwar adakan demonstrasi setiap minggu. Saya tidak pun halang dia,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat