PAS Bantah Pembukaan Bar Privacy Club Tun Razak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS amat kesal dan membantah keras penganjuran acara pembukaan rasmi sebuah bar bernama Privacy Club Tun Razak pada 30 Mac ini bertempat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur atas dasar ia adalah keterlaluan, tidak sensitif, tidak bermoral, malah menjijikkan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, menurut makluman mengenainya di akaun Facebook bar berkenaan, acara yang dijadualkan bermula jam 6 petang dan terhad kepada 250 pengunjung itu akan menampilkan persembahan sekumpulan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand yang berpakaian dalam wanita, dikenali sebagai Thai Hot Guy, sebagai tarikan utamanya.

“Jelas bahawa acara ini mempromosi budaya hedonistik, lucah dan seks bebas berdasarkan makluman dalam Bahasa Cina dengan terjemahan Inggeris itu yang turut disertakan dengan gambar-gambar aksi menjolok mata kumpulan berkenaan dengan pengunjung secara terbuka.

“PAS menggesa pihak berkuasa, terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya menimbang semula kebenaran penganjuran acara berkenaan yang jelas sangat berlawanan dengan budaya tempatan dan tidak sensitif kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, apatah lagi diadakan pada bulan Ramadhan,” tegas Takiyuddin dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau lagi selain itu, ia juga tidak mendukung cita-cita negara untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral, berakhlak mulia, peka dan menyumbang kepada kesejahteraan bersama.

Kata Takiyuddin, kebebasan individu atau ekonomi tidak boleh sama sekali dijadikan alasan untuk membenarkan atau melakukan perbuatan dan kecenderungan negatif seperti ini.

“Sewajarnya semua pihak mempunyai tanggungjawab sivik bagi memastikan masyarakat kita tidak terdedah kepada budaya yang merosakkan dan tidak membina seperti ini.

“Dalam pada itu PAS juga kesal apabila nama bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak dibenarkan untuk digunakan sebagai nama sebuah bar.

“Perbuatan itu sangat tidak sensitif mahupun bertanggungjawab, malah menghina nama baik pemimpin negara,” katanya.

Takiyuddin menambah, agensi pendaftaran syarikat juga perlulah lebih berhati-hati dalam hal ini dan tidak sewenang- wenangnya membenarkan individu atau syarikat mendaftarkan nama perniagaan mereka tanpa mengambil kira faktor-faktor seperti kesesuaian dan kewajaran.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat