Kerajaan beri sokongan padu kepada bioteknologi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan pada pembentangan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belanjawan Negara 2023 baru-baru ini telah meluluskan pengecualian cukai sehingga 100 peratus dilanjutkan kepada syarikat-syarikat berstatus BioNexus sebagai sokongan kepada pembangunan bioekonomi negara.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, berkata, di bawah Dasar Bioteknologi 1.0 (DBN 1.0), kerajaan telah menetapkan sasaran bahawa Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangnya 20 syarikat BioNexus global menjelang 2020.

“Negara telah berjaya melepasi sasaran syarikat BioNexus status iaitu sebanyak 31 setakat Januari 2023. Pada tahun 2022, nilai eksport bagi 31 syarikat bionexus global berjumlah RM369 juta.

“Manakala di bawah DBN 2.0, kerajaan menetapkan sasaran 30 peratus syarikat Bionexus ke peringkat global dan 70 peratus syarikat Bionexus peringkat tempatan kekal aktif serta tiga syarikat bioinovasi berstatus unicorn menjelang 2030.

Tambah beliau, mengenai pertanyaan status pengenalan syarikat berstatus bionexus, pihak kementerian sekarang di dalam proses mengenal pasti syarikat-syarikat yg berpotensi untuk dilonjakkan sejajar dengan DBN2.0 yang dilancarkan pada September 2022.

“Di bawah DBN 1.0, kerajaan telah menetapkan sasaran bahawa Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangnya 200 syarikat BioNexus global menjelang 2020. Manakala di bawah DBN 2.0, kerajaan menetapkan sasaran 30 peratus syarikat Bionexus ke peringkat global dan 70 peratus syarikat Bionexus peringkat tempatan kekal aktif serta tiga syarikat bioinovasi berstatus unicorn menjelang 2030,” jelasnya.

Tambah Arthur lagi, program Bioeconomy Transformation Programme (BTP) yang telah dilancarkan pada 2012 masih sedang dikaji semula keberkesanannya oleh Kementerian dan status pelaksanaannya akan ditentukan kelak.

Namun begitu katanya, di dalam rangka kerja DBN 2.0 terdapat di mana pelbagai program, projek perdana bakal dikenal pasti.

“Program Perdana yang bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat ini merupakan projek,program berimpak tinggi yang dikenal pasti bakal melonjak pembangunan bioeteknologi negara,” katanya.

Jelas beliau lagi, bioteknologi dilihat sebagai satu penyelesaian unggul terhadap cabaran sekuriti makanan dari sudut pengurangan kos input dan bahan mentah dengan aplikasi teknologi berasaskan bio seperti pengeluaran sumber protein alternatif daripada serangga atau tumbuhan sebagai makanan haiwan seperti Black Soldier Fly (BSF).

“Selain itu, memperluas pengunaan baja bio dan kompos yang lebih kompetitif dan mampan yang mampu meningkatkan hasil pengeluaran;daging dikultivasikan (cultured meat) sebagai alternatif daging asal; peningkatan biak baka tanaman utama seperti padi dan
sayur-sayuran kontan menggunakan teknologi aruhan bagi meningkatkan produktiviti dan lebih rintang penyakit; dan memperluaskan pengeluaran makanan berfungsi (functional food) daripada tumbuhan alternatif seperti kacang pol (bambara nuts), moringa dan lain-lain.

“Sehubungan dengan itu, selaras dengan Dasar Bioteknologi Negara 2.0, MOSTI dengan kerjasama agensi-agensi di bawahnya, sentiasa komited dalam melaksanakan usaha memperkukuh ekosistem bioteknologi sedia ada bagi menyelesaikan cabaran sekuriti makanan negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat