Asyraf Setiausaha Agung, Azalina Ketua Penerangan Umno yang baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang baharu kini menamakan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Setiausaha Agung Umno manakala Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Ketua Penerangan Umno bagi sesi 2023-2026.

Hari ini barisan kepimpinan MKT Umno mengangkat sumpah jawatan bersama Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mesyuarat MKT hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pemilihan Umno yang melibatkan 187 bahagian di seluruh negara.

Pada Pemilihan Umno yang berakhir Sabtu lalu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menang dalam jawatan Naib Presiden.

Seramai 25 calon disahkan memenangi jawatan ahli MKT Umno bagi sesi 2023-2026.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat