DBKL akan ambil tindakan ke atas Privacy Club

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan syarat-syarat oleh penganjur Privacy Club di Jalan Tun Razak.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin berkata, Privacy Club berkenaan juga tidak membuat sebarang permohonan untuk menjalankan aktiviti hiburan.

“Hasil siasatan awal daripada pihak DBKL, telah mendapati bahawa premis tersebut adalah dilesenkan sebagai restoran kepada syarikat Beijing 9 Sdn Bhd.

“Walau bagaimanapun lesen restoran syarikat terbabit telah tamat pada 4 Februari 2021 yang lalu. Premis itu juga tidak mempunyai lesen hiburan dan juga tiada sebarang permohonan lesen hiburan atau permohonan untuk menjalankan aktiviti hiburan.

“DBKL juga dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan syarat – syarat oleh penganjur,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, Pejabat Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri telah menerima laporan berkenaan satu acara hiburan yang bakal dianjurkan oleh Privacy Club di Jalan Tun Razak pada 30 Mac 2023 bermula jam 6 petang.

Katanya, Setelah meneliti iklan di akaun Facebook bar berkenaan, pihaknya mendapati acara hiburan berkenaan bakal menampilkan persembahan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand yang berpakaian Wanita dikenali sebagai Thai Hot Guy, sebagai tarikan utamanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat