Spanco: Bekas Menteri Kewangan sudah dirakam keterangan, bekas PM belum lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Bekas Menteri Kewangan yang terkait dalam kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd (Spanco) sudah dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata kes membabitkan Spanco masih dalam siasatan dan akaun terbabit masih dibekukan.

Menurutnya, ramai saksi yang sudah dipanggil memberi keterangan dan tidak menolak akan memanggil sesiapa sahaja yang terbabit dalam kuasa meluluskan projek berkenaan.

“Kita sudah merakam keterangan bekas menteri kewangan namun bekas Perdana Menteri ketika itu belum dipanggil memberi keterangan.

“Kita serah kepada pegawai penyiasat di mana jika ada keperluan akan memanggil bekas Perdana Menteri itu untuk memberi keterangan,” katanya ditemui pada Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) kali ke-10 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Khamis, lapor BH.

Azam berkata, menjadi tanggungjawab beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk melaksanakan kerjanya berdasarkan undang-undang, aduan dan tohmahan yang diterima pihaknya.

“Buat masa ini, ia adalah tanggungjawab saya di mana apa saja yang diberi (aduan) kepada kami akan disiasat,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan SPRM melakukan serbuan kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan perolehan dan pengurusan kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

SPRM turut menyerbu empat syarikat termasuk pembekal kenderaan kerajaan dengan memanggil lebih 20 individu dan sudah membekukan kira-kira 80 akaun syarikat serta individu yang berkaitan dalam kes itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini juga menyifatkan kontrak perolehan Spanco hanya merugikan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat