SPRM lanjut sebulan lagi untuk Mokhzani isytihar harta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Mokhzani Mahathir diberi tempoh lanjutan sebulan lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan harta.

Anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu pada mulanya diberi tempoh 30 hari mulai 17 Januari untuk mengisytiharkan hartanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta itu sebulan lagi.

Ditanya sama ada Mokhzani diberi tempoh lanjutan, Azam menjawab: “Ya”.

Pada 8 Februari lalu, Mokhzani dan Mirzan mengingatkan SPRM yang mereka diberikan tempoh 30 hari untuk mengisytiharkan harta.

Kedua-duanya berkata mereka sedang mengumpul maklumat selama 43 tahun, yang dikatakan sebagai “usaha yang mustahil” dan meminta pihak yang berkenaan bersabar.

Menurut kedua-dua anak Mahathir itu berkata, SPRM meminta senarai aset sejak 1981 yakni tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali pertama.

Komen mereka itu mengulas kenyataan Azam yang memaklumkan kedua-duanya belum mengisytiharkan harta walaupun telah diberikan notis.

Azam sebelum ini berkata, kedua-dua mereka boleh memohon lanjutan untuk menyerahkan pengisytiharan mereka pada pertengahan bulan ini selepas tempoh 30 hari tamat.

Pada 16 Februari lepas, dilaporkan Mirzan diberi tempoh lanjutan 30 hari selepas ahli perniagaan itu meminta lebih masa untuk mematuhi arahan berkenaan.

SPRM berkata notis yang meminta untuk mengisytiharkan aset Mirzan adalah sebahagian daripada siasatan terhadap maklumat daripada laporan Panama Papers dan aktiviti perniagaannya yang melibatkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan.

Sementara itu, Mokhzani disiasat mengikut Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat