Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak dan Hidupkan Kereta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2024 – Jenama teknologi global HONOR akan memperkenalkan ciri kecerdasan buatan (AI) baharu yang mampu mengerakkan kereta menggunakan mata semasa pelancaran global Siri HONOR Magic6 di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024, malam Ahad ini.

Ciri canggih ini dikenali sebagai Penjejakan Mata Berkuasa AI masih di peringkat ujian dan fungsinya membolehkan pemandu mengawal kereta menggunakan pandangan mata pada HONOR Magic6 Pro tanpa sentuhan fizikal atau arahan suara.

Imej: Autocar

HONOR telah bekerjasama dengan jurutera automotif Profesor James Brighton untuk menunjukkan potensi ciri Penjejakan Mata Berkuasa AI dan video demonstrasi itu boleh ditonton di saluran YouTube Autocar. Dalam video tersebut, HONOR Magic6 Pro respon kepada empat arahan mata yang membolehkan pengguna menghidupkan dan mematikan enjin, selain mengerakkan kereta ke hadapan dan mengundur.

Imej: Autocar

Semua kawalan ini dilakukan dengan hanya perlu melihat ikon spesifik dan ciri penjejak mata akan menggerakkan kereta dari jarak jauh tanpa pemandu mahupun penumpang berada di dalam kenderaan. HONOR Magic6 Pro dilengkapi sensor hadapan bagi mengecam ikon yang sedang dipandang pengguna, seterusnya menggunakan AI untuk mengawal kenderaan.

HONOR yakin teknologi AI ini berpotensi merevolusikan landskap masa depan komunikasi manusia dengan peranti.

Untuk maklumat lanjut mengenai teknologi Penjejakan Mata Berkuasa AI HONOR, saksikan pelancaran global Siri HONOR Magic6 pada 25 Februari ini, jam 8.30 malam di https://www.hihonor.com/my/events/honor-mwc/

Saksikan video YouTube Autocar di https://www.youtube.com/watch?v=zAJnrWQB3iM

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat