Pengemis miliki Proton X70 ‘flagship’

- Advertisement -

MARAN: Seorang pengemis yang tinggal di Balok dan mengemis di Maran, Pahang memiliki sebuah kereta Proton X70 Premium (flagship).

Menurut seorang Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang melakukan operasi membanteras pengemisan, pengemis tersebut seorang OKU fizikal dimana kedua-dua belah tangannya tidak normal.

Dalam operasi tersebut, pengemis lelaki Melayu berjubah dan berkopiah sambil memegang beg kertas meminta simpati orang ramai yang lalu lalang.

“Operasi membanteras pengemisan telah dijalankan untuk membasmi aktiviti pengemisan di pasar malam Sri Jaya, Maran. Dari jauh kelihatan seorang lelaki melayu berjubah dan berkopiah berdiri di celahan payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas meminta simpati orang ramai yang lalu lalang. Kedua-dua tangan lelaki tersebut kelihatan kecil tidak seperti tangan manusia normal.

“Semasa Pegawai penguatkuasa JKM Maran menghampiri lelaki tersebut dan bertanyakan tujuan beliau meminta sedekah. Namun, pertanyaan Penguatkuasa JKM tidak dijawab. Beliau kelihatan seperti seorang yang pekak dan bisu. Dilihat di dalam beg kertasnya ada kepingan duit kertas. Sedekah pengunjung pasar malam.

“Berkali-kali Penguatkuasa JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi pada hari ini tetapi tidak mendapat respon daripada lelaki tersebut. Setelah didesak barulah lelaki tersebut bersuara. Normal rupanya. Beliau bukanlah seorang yang pekak dan bisu. Cuma seorang OKU Fizikal (kedua-dua belah tangannya tidak normal),” kata Pegawai JKM menerusi catatan Facebook JKM Maran, pada Rabu.

Menurut Pegawai JKM Maran itu lagi, beliau terasa terkejut kerana pengemis tersebut memiliki sebuah kereta Proton X70 Premium.

Siasatan juga telah dijalankan dimana pengemis tersebut menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450.00 sebulan semenjak tahun 2001. Pengemis tersebut juga telah mengaku hasil aktiviti mengemisnya boleh mengutip RM500 bagi tempoh 4-5 jam.

“Beliau mengatakan bahawa kad pengenalannya berada di dalam kereta. Penguatkuasa JKM mengekori lelaki tersebut ke keretanya. Percaya atau tidak, Seorang yang tadinya hanya berdiri meraih simpati orang ramai atas kekurangan dirinya memandu sebuah Proton X70 Premium.

‘Siasatan lanjut dijalankan oleh Penguatkuasa JKM. Beliau tinggal di Balok, Kuantan dan akan ke pasar-pasar malam untuk menjalankan aktiviti pengemisan. Semakan juga mendapati beliau menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450.00 sebulan sejak tahun 2001 lagi. Beliau juga mengaku bahawa kereta Proton X70 Premium tersebut adalah miliknya.

Foto JKM Maran

Menurutnya lagi, hasil kutipan daripada aktiviti pengemisan beliau boleh mencecah sehingga RM 500.00 bagi tempoh 4-5 jam berada di pasar-pasar malam. Lelaki tersebut dilepaskan dengan amaran oleh Penguatkuasa JKM.

“Tidak salah untuk bersedekah tetapi bersedekalah kepada orang dan tempat yang betul,” kata Pegawai JKM Maran itu lagi. – SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat