Kontrak Kerajaan dengan Bestinet meragukan – Jawatankuasa Parlimen (PAC)

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpandangan bahawa kontrak Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing (FWCMS) antara Kerajaan dengan syarikat Bestinet Sdn Bhd yang ditandatangani pada September lalu dilihat sebagai langkah kurang cermat.

Pengerusinya, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata ini memandangkan caj bayaran yang dikenakan tinggi dan akan membebankan majikan dan pekerja asing.

Berikutan itu, PAC jelasnya sebulat suara dalam perbincangan khas yang diadakan semalam, membuat keputusan untuk memulakan prosiding berhubung Perolehan Sistem FWCMS ole KDN pada 10 Disember ini.

“Keputusan Kerajaan untuk menandatangani itu telah dimaklumkan kepada PAC dalam prosiding tindakan susulan Kementerian Sumber Manusia Dan Kementerian Dalam Negeri Bagi Syor-Syor Laporan PAC Parlimen Berhubung Pengurusan Pekerja Asing Melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) Dan Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS) yang telah diadakan pada 6 November 2024 berdasarkan Arahan Perbendaharaan 304(b) pindaan 2023.

“Dalam prosiding itu, saksi yang hadir adalah Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Datuk Awang Alik Jeman, Ketua Setiausaha, KDN dan Datuk Azman Mohd Yusof Ketua Setiausaha KESUMA,” katanya semasa sidang media di Parlimen hari ini.

Katanya prosiding tindakan susulan ini diadakan bagi mengetahui maklum balas KDN dan KESUMA terhadap lima syor yang dikemukakan PAC dalam laporan mengenai isu ini yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 3 Julai 2024.

“Dalam Laporan Tindakan Susulan ini, PAC telah memberikan ulasan pada setiap maklum balas yang diberikan KDN dan KESUMA terhadap lima 
syor yang dikemukakan Jawatankuasa ini.

“PAC akan memanggil Jawatankuasa Induk FWCMS yang dipengerusikan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta tiga ahli Jawatankuasa Induk termasuk Datuk Mod Dusuki Mokhtar, Peguam Negara; Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; Datuk Awang Jeman, Ketua Setiausaha (KSU) KDN; Datuk Azman Mohd Yusof, KSU KESUMA dan Ts Dr. Fazidah Abu Bakar, Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata keterangan dan penjelasan daripada Jawatankuasa Induk FWCMS ini penting bagi PAC mendapakan justifikasi terhadap keputusan Kerajaan menandatangani kontrak perjanjian Sistem FWCMS dengan Bestinet Sdn Bhd.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat