Menteri KDN beri isyarat untuk ketatkan Akta Hasutan?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menjalankan kajian bagi menilai dan menyemak semula sama ada pindaan terhadap Akta Hasutan perlu mengambil kira kesalahan membabitkan elemen isu agama, kaum dan raja (3R).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kajian turut merangkumi penilaian supaya pindaan terhadap akta terbabit seiring dengan situasi semasa.

“Susulan kajian itu, pelbagai libat urus dengan pemegang taruh sudah dan sedang diadakan terutama berkaitan undang-undang yang boleh membendung kesalahan terhadap perkara yang menyentuh elemen 3R,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan laman web Parlimen.

Saifuddin Nasution berkata demikian menjawab pertanyaan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) sama ada kerajaan bercadang meminda Akta Hasutan.

Pada Mac lalu Saifuddin memaklumkan kepada Podcast Keluar Sekejap episod 91 bahawa Kabinet telah memberi persetujuan untuk memulakan proses meminda Akta Hasutan bagi mengekang provokasi terhadap isu kaum, agama dan raja (3R).

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah diberi ‘lampu hijau’ oleh Kabinet untuk memulakan proses itu dua minggu lepas.
“Matlamatnya adalah untuk membantu kerajaan apabila melibatkan isu 3R. Kita akan duduk dan lihat balik seksyen dan akta mana.

“Bukan untuk mengetatkan tapi bagaimana kita mahu ‘invoke’ supaya keadaan di luar yang disebut sebagai fenomena 3R dapat kita kawal dengan menggunakan perundangan,” katanya ketika itu.
author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat