AS tiada hak tentukan pendirian Malaysia kutuk Israel – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil peluang mengutuk serangan Israel terhadap Palestin di depan Presiden Amerika Syarikat (AS).

Anwar malah menegaskan negara-negara berkuasa besar dunia termasuk AS tidak boleh menentukan pendirian Malaysia dalam mengutuk serangan Israel terhadap Palestin.

Perdana Menteri berkata, ketegasan itu disuarakan di hadapan  Joe Biden ketika Persidangan Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di AS baru-baru ini.

“Saya bangkitkan soal penindasan berterusan…dalam sidang akhir (persidangan) itu. Saya tiada pilihan dan menyuarakan dengan tegas bahawa kita diminta untuk mengutuk Rusia dalam soal Ukraine tapi membisu tentang pembunuhan kejam, keganasan (berlaku di Palestin).

“Dia (AS) tak boleh menetukan kita menyatakan pendirian…saya kata, mesti bermula dengan sekurang-kurangnya hentikan serangan sekarang, kerana saya sebut, satu hari tambahan, bermakna masih ada anak-anak, wanita dan orang awam akan dijadikan mangsa korban,” katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Anwar berkata demikian menjawab kepada Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) meminta beliau menyatakan hasil mesyuarat Persidangan Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Arab Saudi mengenai jenayah dan pembasmian kaum (genocide) yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, dan apakah hasil yang memanfaatkan negara sepanjang lawatan ke Persidangan APEC di AS baru-baru ini.

Selain itu, beliau memaklumkan semasa Sidang Kemuncak Tergempar Semasa Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang disatukan
dengan Sidang Kemuncak Liga Arab di Riyadh, Arab Saudi pada 11 November baru-baru ini, beliau telah menyuarakan pendirian Malaysia bekenaan isu Palestin dan menekankan enam perkara yang perlu dilaksanakan.

“Antaranya genjatan senjata serta-merta dan mempercepatkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza; menghentikan aktiviti penempatan haram Israel dan menghentikan serta-merta pemindahan orang awam secara paksa (forced displacement).

“Juga menyiasat dan mendakwa semua pelanggaran undangundang oleh Israel; menyokong Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) dengan mengiktiraf sebuah Negara Palestin yang merdeka berdasarkan persempadanan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya dan memerangi peningkatan global dalam Islamophobia sambil melindungi hak untuk menyuarakan secara aman sokongan terhadap perjuangan Palestin,” ujar Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat