Zed Zaidi Sangkal Tajuk Berita Sebuah Portal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden SENIMAN Malaysia, Zed Zaidi, menyangkal dakwaan tajuk berita sebuah portal yang bertajuk ” Covid-19 mungkin mendorong artis jual diri -Seniman” yang dikeluarkan pada 19 Oktober lepas.

Menurut beliau, tajuk yang ditulis oleh portal tersebut sangat mengelirukan dan beliau sebenarnya tidak ditemubual langsung oleh wartawan dari portal tersebut.

Tambah Zaidi lagi, dia kesal kerana portal tersebut mencedok berita dari akhbar lain dan menjadikan beritanya sendiri tanpa bertanya kepada dirinya mengenai isu tersebut.

“Dimana sikap etika kewartawanan portal ini, dan siapakah wartawan portal tersebut yang membuat tajuk sebegini,?

“Sudahlah nama wartawan tidak disiarkan, hanya waktu dan tarikh sahaja yang tulis,” tulis beliau dalam facebooknya.

Zaidi juga mempersoalkan adakah portal ini proffesional dan kecewa dengan tajuk yang boleh membuatkan dirinya terdedah dengan hentaman sedang beliau tidak pernah menyatakan seperti yang ditulis oleh portal tersebut. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat