Najib Cadang BPN RM1,000 Khas Untuk Rakyat Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, mencadangkan agar Bantuan Prihatin Negara (BPN) khusus untuk rakyat negeri Sabah ditambah nilainya ke RM1,000.

Menurut beliau, tidak keterlaluan untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk tambah bantuan tersebut khususnya bagi penerima BPN Sabah.

Tambahnya lagi, cadangan yang beliau berikan mempunyai asas dan tidak boleh dikatakan pilih kasih atas sebab- sebab Sabah paling terkesan dalam gelombang ketiga Covid ini. Hampir 70 peratus ke Covid negara direkodkan di Sabah. Manakala sektor pelancongan yang merupakan antara sektor utama Sabah sedang hancur dengan sekatan rentas daerah dan larangan untuk kemasukan pelawat dari negeri-negeri lain Malaysia dan negara asing.

“Kadar kemiskinan dan purata pendapatan bulanan warga Sabah sudah antara paling rendah antara semua negeri,

“Memberi bantuan tambahan RM1,000 setiap penerima BPN Sabah cuma menelan kos RM737 juta. Jauh lebih rendah dari cukai jualan petroleum sebanyak RM2.9 bilion yang dibayar kepada Sarawak bulan lepas, katanya.

Tambah beliau lagi, Jika keenganan kerajaan untuk memberi bantuan tambahan kepada penerima BPN Sabah berpunca daripada kebimbangan kadar defisit negara menjadi lebih tinggi, kerajaan perlu ingat bahawa pengiraan kadar defisit adalah berdasarkan jumlah defisit dibagi dengan saiz KDNK negara.

Bayaran tambahan wang tunai RM1,000 terus kedalam akaun bank penerima BPN yang ada sudah ada rekod adalah lebih jauh pantas dan efisen berbanding hantaran bantuan bakul makanan yang dirumitkan oleh masalah logistik dan rekod penerima yang tidak lengkap.

“Bayar sahajalah tambahan RM1,000 untuk semua warga Sabah,

“Lanjutkan juga moratorium pinjaman secara pukal bagi seluruh Sabah sekurang-kurangnya 3 bulan,’ tulis beliau dilaman facebook rasminya.

Menurut beliau lagi, dalam situasi PKP seluruh negeri yang berlanjutan dan kes Covid-19 yang terus tinggi, beliau risau bagaimana warga Sabah mampu membayar ansuran pinjaman bulanan mereka nanti.

“Jangan sudah menang PRN, Sabah dilupakan pula,” tegasnya. –SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat