Jawablah isu ubah suai penjara “merpati” elak spekulasi jejas integriti – Adly

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara Malaysia diminta tampil menjawab tuduhan kononnya kerajaan memperuntukkan RM50,000 untuk tujuan pengubahsuaian bilik penjara yang menempatkan Datuk Seri Najib Razak di Penjara Kajang.

Naib Presiden Amanah, Adly Zahari berharap pihak berkuasa terbabit tidak hanya berdiam diri kerana tindakan itu akan mengundang lebih banyak spekulasi yang boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap integriti institusi penjara.

“Sejak semalam viral cerita “merpati” yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Kononnya renovasi bilik penjara untuk merpati sebanyak RM50,000 telah disediakan.

“Pada saya jika cerita ini tidak betul, pihak yang berkaitan perlu menafikannya segera.

“Berdiam diri hanya akan menimbulkan lebih banyak spekulasi dan boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap integriti institusi penjara,” gesa beliau.

Menurut Adly tindakan salah guna kuasa seperti itu wajar ditolak sekiranya benar.

19 September lalu satu akaun Twitter ‘membongkar’ kod nama “merpati” yang diguna Najib ketika menjalani hukuman penjara di Kajang.

Dakwanya, KDN memperuntukkan RM50,000 untuk tujuan ubah suai bilik penjara dihuni Najib dan bajet RM 3.5 juta disalurkan KDN untuk uruskan “merpati” membabitkan kos kenderaan, kesihatan dan juga penempatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat