Mosti, ASM Bangunkan ‘STIE Trend Watch’ Dalam Sektor Industri – Dr Adham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Akademi Sains Malaysia (ASM) kini sedang membangunkan Sistem Pengawasan STIE Trend Watch. Ia sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan jumlah penyelidik di sektor industri yang ketika ini hanya mempunyai 15.83 peratus penyelidik.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba berkata, menerusi sistem pengawasan data secara real-time ini, bakat STEM negara dapat dipantau dan dipertingkatkan bagi memenuhi inisiatif-inisiatif berkaitan.

STEM juga dijangka memenuhi sasaran peningkatan 10 hingga 15 peratus jumlah penyelidik dalam sektor industri menjelang 2030, kata ketika berucap semasa majlis Penganugerahan Felo Akademi Sains Malaysia dan Pengiktirafan Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2022 di ibu negara, pada Rabu.

Tambah beliau, “Selain daripada itu, sistem berkenaan sekali gus dapat memperkasa institut penyelidikan awam dan organisasi penyelidikan berkaitan kerajaan (GLRO) untuk menjadi perantara inovasi yang efektif bagi menghubungkan penyelidik di institut pengajian tinggi dan industri. Justeru, saya menyeru agar semua pihak menggembleng tenaga dan menyokong insiatif yang diterajui ASM ini.”

Beliau turut menggesa agar ASM mempergiatkan usaha untuk menarik pakar dalam sektor industri untuk diiktiraf sebagai Felo atau Top Research Scientists Malaysia. Pencalonan individu daripada sektor industri akan membolehkan MOSTI dan ASM menggerakkan penglibatan mereka dalam pembangunan negara dengan lebih aktif dan berkesan.

Dr. Adham bin Baba turut menyampaikan Penganugerahan Felo Akademi Sains Malaysia kepada dua Felo Kanan dan 39 Felo serta pengiktirafan kepada 29 TRSM pada majlis ini. Sehingga kini, ASM mempunyai sejumlah 28 Felo Kanan, 425 Felo dan 148 TRSM.

Turut hadir Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim; Presiden Akademi Sains Malaysia merangkap Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi Negara, YBhg. Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail; dan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia, Puan Hazami Habib. Untuk membaca lebih lanjut mengenai Felo Akademi Sains Malaysia dan Top Research Scientists Malaysia 2022, sila layari https://www.akademisains.gov.my/experts/.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat