Mangsa COVID-19 sokong tema #KITABERSAMA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebagai bekas mangsa COVID-19, pelakon Sweet Qismina menyokong tema #KITABERSAMA yang disifatkan bertepatan bagi menyebarkan mesej positif kepada rakyat Malaysia yang masih berdepan dengan penularan pandemik COVID-19.

Calon awal kategori Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 itu berkata,

tema ABPBH 34 secara tidak langsung mengingatkan masyarakat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Bagi saya, #KITABERSAMA itu memberi maksud rakyat Malaysia perlu bersama-sama memikul tanggungjawab menyebarkan kesedaran mengenai pentingnya bersatu memerangi COVID-19.

“Malah, tidak kisah sama ada selebriti yang dicalonkan dalam ABPBH 34 atau tidak, ini adalah masanya kita menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan mencegah virus ini seperti mengambil vaksin COVID-19 dan sebagainya.

“Mesej ini boleh disebarkan menerusi laman sosial kerana selebriti mempunyai pengikut yang ramai. Terima kasih kepada ABPBH 34 kerana pada masa sama mengundi, kita dapat sebarkan mesej positif ini,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi disahkan positif COVID-19 pada 21 April lalu ketika menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak.

Justeru, pelakon yang pernah diangkat Artis Baharu Wanita Popular, ABPBH Ke-30 itu mengakui, kesedaran mencegah jangkitan virus ini sangat penting.

“Jujurnya, jangkitan COVID-19 memang sakit. Saya sendiri pernah melaluinya, jadi marilah kita bersama memikul tanggungjawab mencegah penularan COVID-19 ini dengan serius,” katanya.

 

Sweet disahkan positif COVID-19 pada 21 April lalu ketika menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak. - Foto IG Sweet Qismina
Sweet disahkan positif COVID-19 pada 21 April lalu ketika menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak. – Foto IG Sweet Qismina

 

Berkongsi harapannya sebagai calon dua kategori, Pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular ABPBH 34 bersama Adam Lee menerusi drama Bidadari Salju, Sweet berkata dia tidak meletakkan harapan yang tinggi.

“Saya tidak pernah menyangka dicalonkan dalam ABPBH 34. Sebab saya tahu ramai pelakon wanita sedang mencipta nama. Jadi, disenaraikan dalam kalangan Pelakon TV Wanita Popular memang sukar dijangka, apatah lagi, banyak dua drama televisyen yang popular.

“Jadi, ini boleh dikatakan rezeki nama saya turut dicalonkan, Alhamdulillah. Tetapi, jika bertanya mengenai harapan ke senarai Top 5, saya tidak terlalu memikirkannya.

“Siapapun membolosi Top 5, sememangnya layak sebab Berita Harian sudah menyenaraikan drama yang popular,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sweet akan memulakan penggambaran drama 26 episod terbitan RTM, Cinta Yang Tertangguh mulai 24 September ini.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat