RMK-12 diharap perkasa industri jingga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: MyCreative Ventures berharap kerajaan terus mengetengah dan menyokong pembangunan ekonomi kreatif pada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Belanjawan 2022 yang bakal dibentang, tidak lama lagi.

Pengerusinya, Noor Azmi Mat Said. berkata langkah itu bertujuan merangsang kembali prestasi ekonomi kreatif yang merudum akibat pandemik COVID-19.

“Saya berharap kerajaan akan terus mengetengah dan menyokong pembangunan ekonomi jingga (ekonomi kreatif) Malaysia secara langsung dengan merangsang penciptaan pasaran dan penggunaan produk kreatif yang dihasilkan penggiat dan usahawan kreatif tempatan

“Ini boleh dilakukan melalui penganjuran platfom pasaran, kempen pembelian, sokongan kepada pembangunan jenama milikan tempatan dan peningkatan dalam perolehan kerajaan yang berkaitan produk kreatif seperti kandungan, pakaian, acara atau cenderahati.

“Langkah proaktif ini adalah tambahan kepada inisiatif kerajaan sebelum ini iaitu menawarkan insentif cukai dan sokongan bantuan kewangan seperti geran.

“Sokongan itu mampu membantu merangsang prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) domestik negara,” katanya kepada BH Online.

Noor Azmi menambah tumpuan harus diberikan kepada industri kreatif yang berpotensi untuk dipasarkan di luar negara seperti animasi dan permainan digital.

“Dua bidang ini akan mendorong kepada segmen penciptaan kandungan dihasilkan. Selain memberi hiburan, ia juga membolehkan pasaran eksport untuk bidang animasi dan permainan digital ini diterokai.

“Ini termasuklah pemasaran negara melalui kandungan dokumentari kreatif yang berstrategi,” katanya.

Dua bidang lain yang turut disaran MyCreative Ventures untuk terus dibantu adalah industri fesyen dan kulinari yang terjejas teruk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia hampir dua tahun lalu.

Pembentangan RMK-12 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berlangsung di Parlimen pada 27 September ini dan disusuli Belanjawan 2022 yang akan dibentang oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 29 Oktober depan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat