Ken Worden Meninggal Dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Ken Worden meninggal dunia hari ini pada usia 78 tahun.

Perkembangan itu dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi akaun Facebooknya, sebentar tadi.

Worden dilahirkan pada 2 Februari 1943 di Preston, England namun kariernya lebih menyerlah sebagai pemain dan jurulatih di Australia sebelum berhijrah ke Malaysia pada 1991 untuk menjadi jurulatih Selangor yang muncul juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia di bawah kendaliannya.

Mendiang kemudiannya dilantik sebagai jurulatih kebangsaan selama dua tahun bagi menggantikan Rahim Abdullah bermula Januari 1992 sehingga penghujung 1993.

Dalam tempoh itu, pasukan kebangsaan menjuarai Kejohanan Jemputan Vietnam dan Piala Jakartaraya 1992 serta Pestabola Merdeka 1993.

Bagaimanapun skuad negara yang membariskan antara lain Zainal Abidin Hassan, Mubin Mokhtar, Khairul Azman Mohamad, K Gunalan, Azizol Abu Haniffah, Malek Rahman, Dollah Salleh dan Azman Adnan tewas pada pra-Piala Dunia dan Sukan SEA Singapura 1993.

Selepas itu, Worden menyahut cabaran sebagai jurulatih Singapura untuk beberapa bulan sebelum meneruskan karier kejurulatihannya di Malaysia dengan kembali sebagai jurulatih Selangor dengan menjulang Piala Malaysia 1995 dan 1996.

Ia disusuli tugasan dengan beberapa lagi pasukan tempatan lain seperti Sabah, Terengganu dan KL SPA sebelum kembali sekali lagi ke pasukan The Red Giants serta menjulang Piala Malaysia pada 2002.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat