Bungkusan misteri kepada Pengerusi, MCMC buat laporan polis

CYBERJAYA, – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuat laporan polis berhubung satu penghantaran
bungkusan mencurigakan melalui sebuah syarikat kurier yang menggunakannama Pengerusi MCMC sebagai penerima.

Hasil semakan awal dengan pihak kurier mendapati penghantar tersebut berdaftar menggunakan nama samaran dan nombor telefon tertentu sejak Jun 2025.

Syarikat kurier berkenaan turut merekodkan sebanyak 55 aduan terhadap penghantar ini, termasuk 18 kes penghantaran barang yang tidak dipesan oleh penerima dan 37 kes penghantaran tidak lengkap atau tidak selesai.

Bungkusan berkenaan telah diminta untuk ditahan oleh pihak kurier bagi siasatan lanjut oleh polis.

MCMC memandang serius sebarang bentuk penghantaran mencurigakan yang boleh menimbulkan ancaman, dan akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan awam serta integriti institusi terpelihara.

MCMC turut mengingatkan orang ramai agar berwaspada sekiranya menerima bungkusan daripada sumber yang tidak dikenali atau tidak dibuat pesanan.

Sekiranya timbul keraguan, orang ramai dinasihatkan untuk segera menghubungi pihak berkuasa atau syarikat kurier bagi pengesahan lanjut.- SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat