Akmal berlepas pulang dari tanah suci untuk hadapi pertuduhan di mahkamah esok

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh berlepas pulang ke tanah air selepas membuat keputusan memendekkan ibadah umrahnya bagi menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Jumaat, 22 Ogos ini (esok).

Berkongsi foto di lapangan terbang bersama bagasi, Adun Merlimau itu menulis “pada Allah saya serahkan segalanya”.

“Malaysia,tanah tumpah darah kita,” katanya ringkas.

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan Ketua Pemuda Umno itu akan didakwa dalam masa terdekat berhubung kenyataan mereka yang didapati menggugat ketenteraman awam.

AGC dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa pihaknya telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kenyataan yang dibuat oleh Muhamad Akmal di laman Facebook ‘Akmal Saleh’.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat