Terowong dasar laut: Guan Eng diperintah bayar Azeez RM250,000

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memerintahkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azizah Nawawi, Datuk Seri Mariana Yahya dan Datuk Azimah Omar yang membenarkan rayuan Abdul Azeez turut memerintahkan Guan Eng selaku responden membayar kos RM70,000 kepada Abdul Azeez.

Hakim Azimah ketika membacakan keputusan itu berkata mahkamah rendah telah terkhilaf menolak saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng dan membenarkan pembelaan Guan Eng bagi justifikasi, komen yang adil dan keistimewaan yang layak berhubung kenyataannya berkaitan Abdul Azeez.

Abdul Azeez merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 11 Disember 2020 yang menolak saman fitnahnya terhadap Guan Eng, lapor Bernama.

Abdul Azeez telah memfailkan saman itu pada Mac 2018, mendakwa Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan fitnah semasa sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri pada 28 Februari 2018 dan semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada hari sama yang mengaitkan beliau dengan pembayaran sebanyak RM3 juta sebagai yuran perundingan oleh pemaju projek terowong dasar laut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat