CVR hangus terbakar, dihantar ke Singapura untuk keluarkan data rakaman suara 30 minit terakhir – Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas dekat Elmina, Shah Alam, Khamis lalu disahkan hangus terbakar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, buat masa ini, CVR itu kini berada di sebuah makmal di Singapura bagi proses mengeluarkan data rakaman suara 30 minit terakhir daripada komponen dikenali sebagai ‘memory puck’.

Beliau berkata, CVR itu dibawa ke negara berkenaan memandangkan Malaysia tidak mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan data itu selain keadaannya yang rosak teruk.

“Brig. Jeneral Tan Chee Kee yang mewakili Biro Siasatan Keselamatan Udara (BSKU) kini berada di negara itu bagi urusan berkenaan.

“CVR itu dihantar ke makmal pada Jumaat lalu, namun BSKU mendapati ia rosak teruk sebelum dihantar ke Singapura semalam,” katanya lapor Utusan.

Katanya, ‘memory puck’ yang menyimpan data rakaman suara kokpit 30 minit terakhir masih elok, cuma Malaysia tiada kepakaran untuk mengeluarkan data itu.

Anthony berkata, ketika ini, tiada perkembangan lanjut dan keputusan terbaharu mengenai usaha itu dan ia dijangka tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Menurutnya, beliau berharap semua pihak dapat memberi sedikit masa kepada pakar untuk mendapatkan rakaman suara kokpit itu.

Ditanya apa kaedah lain jika data rakaman itu gagal diperoleh, Loke berkata, perkara itu akan dijawab oleh pakar, namun pihaknya akan melihat beberapa kaedah lain bagi mendapatkan rakaman itu.

“Kita akan cuba yang terbaik bagi mendapatkan data rakaman itu. Kita pun mahu cepat tapi ada isu-isu teknikal yang perlu diatasi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Menteri Pengangkutan itu berkata, laporan siasatan awal nahas pesawat itu akan didedahkan dalam tempoh sebulan dibantu Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat.

“Wakil NTSB itu dipanggil membantu siasatan kerana pesawat itu didaftarkan di Amerika Syarikat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat