Selain MB Kedah, Sanusi pegang tujuh portfolio

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama 10 Exco Kerajaan Negeri yang baharu mengangkat sumpah jawatan di Wisma Darul Aman, hari ini.

Selain jawatan Menteri Besar, Sanusi yang juga Adun Jeneri memegang tujuh portfolio iaitu Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Kewangan, Majlis Ekonomi Kedah dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri.

Daripada 11 EXCO berkenaan, tujuh mewakili PAS, tiga mewakili Bersatu dan satu mewakili Gerakan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dengan pembangkang hanya menang tiga kerusi sahaja.

Komposisi DUN Kedah ketika ini menyaksikan PAS menguasai 21 kerusi, Bersatu (11), Gerakan (1), manakala PKR (2) dan DAP (1).

Senarai penuh EXCO Kedah:

1. Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Mineral dan Geosains, Hasil Bumi, Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Pembangunan Kedah 2035, Kerjasama Luar)

2. Datuk Siti Aishah Ghazali (Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan)

3. Mohd Azam Abd Samat (Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan)

4. Dr Haim Hilman Abdullah (Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi; Sains, Teknologi dan Inovasi)

5. Datuk Halimaton Shaadiah Saad (Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan)

6. Mohamad Yusoff@Munir Zakaria (Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar)

7. Mejar (B) Mansor Zakaria (Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan)

8. Dzowahir Ab Ghani (Pertanian, Perladangan, Pengangkutan)

9. Datuk Mohd Salleh Saidin (Pelacongan, Kebudayaan, Keusahawanan)

10. Radhi Mat Din (Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan)

11. Wong Chia Zhen (Sumber Manusia; Masyarakat Cina, India dan Siam; NGO)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat