Najib Perdana Menteri Berbakat dan Berkebolehan – Dr Mahathir

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai seorang pemimpin yang berbakat dan berkebolehan.

“Namun, beliau mempunyai idea yang tidak sesuai sebagai pemimpin. Beliau percaya mendapatkan populariti dalam kalangan rakyat dengan memberikan wang percuma,” kata Dr Mahathir ketika nama Najib disebut.

Beliau berkata demikian dalam sesi pertanyaan cepat tanya cepat jawab bersama pelajar, Farid Aziz yang disiarkan di YouTube: Exclusive Interview With Tun Dr Mahathir Mohamad | Former Prime Minister of Malaysia

Dalam wawancara selama 25 minit itu, salah satu soalan yang dikemukakan ialah pandangan Dr Mahathir terhadap para pemimpin negara yang lain.

Pada pandangan Dr Mahathir, Tunku Abdul Rahman merupakan seorang pejuang kemerdekaan yang tidak mendalami politik terutama politik antara kaum, tidak mempunyai perancangan dan kebolehan dalam bidang pentadbiran.

Dr Mahathir memberi pujian tinggi kepada Tun Abdul Razak sebagai seorang pemimpin yang amat mengambil berat tentang kemajuan negara dan khususnya orang Melayu.

“Tun Razak mengadakan Dasar Ekonomi Baru yang boleh menolong orang melayu mencapai kemajuan.”

Tun Hussien Onn pula disifatkan Perdana Menteri yang konservatif, tidak begitu aktif dan tidak memberi apa-apa perubahan signifikan disebabkan masa beliau yang pendek.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menggambarkan Anwar seorang yang bercita-cita tinggi dan memilih untuk menyertai UMNO kerana tahu beliau tidak boleh menjadi Perdana Menteri sekiranya menyertai Pas.

“Saya terima dia, saya naikkan pangkat dia sehingga dia jadi Timbalan Perdana Menteri. Apabila saya letak jawatan, dialah akan ganti saya.

“Tetapi sebelum itu, berlaku peristiwa-peristiwa yang menyebabkan dia dihadapkan ke mahkamah dan itu menghalang kemungkinan dia jadi Perdana Menteri,” katanya.

Dr Mahathir turut menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai tokoh terpenting di dunia kerana baginda berjaya mengubah sebuah masyarakat jahiliyah kepada masyarakat yang mempunyai tamadun tinggi.- SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat