Md Rayhan Diusir Ke Bangladesh Malam Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir, yang mencetuskan kontroversi menuduh Malaysia bertindak tidak adil kepada warga asing dalam dokumentari terbitan Al Jazeera, akan dihantar pulang malam ini.

BH melaporkan, sumber berkata penghantaran balik Md Rayhan ke negara asal itu akan dilakukan menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Md Rayhan akan diusir ke negara asal malam ini dengan menaiki penerbangan dari KLIA.

“Lelaki itu akan dibawa ke KLIA jam 9 malam nanti,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Imigresen telah menyenarai hitamkan warga Bangladesh itu daripada memasuki Malaysia selamanya.

Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai selepas Jabatan Imigresen memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.

Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia yang didakwa tidak adil terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan koronavirus (Covid-19).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat