Bekas Setiausaha SPR Dipilih Ganti Azhar Harun Sebagai Pengerusi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilantik sebagai pengerusi suruhanjaya itu yang baharu, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali,

Dalam satu kenyataan, Mohd Zuki berkata Abdul Ghani dilantik bagi menggantikan Datuk Azhar Azizan Harun yang kini memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan telah memperkenankan pelantikan YBhg. Datuk Abdul Ghani bin Salleh sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Abdul Ghani dilahirkan pada 10 Mei 1958 di Kuala Kurau, Perak dan berumur 62 tahun.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan dan Pemasaran daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau pernah memegang beberapa jawatan antaranya sebagai Yang di-Pertua Majlis Daerah Kuala Langat, Selangor; Pengarah Jabatan Perancangan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Pegawai Daerah Gombak, Selangor.

Jawatan terakhir beliau sebelum bersara wajib pada 10 Mei 2018 adalah sebagai Setiausaha SPR.

Mohd Zuki berkata, Agong turut berkenan melantik Datuk Nik Ali Mat Yunus sebagai Ahli SPR berkuatkuasa hari ini sehingga mencapat usia 66 tahun selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Nik Ali berusia 62 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Asia Tenggara daripada Universiti Malaya pada tahun 1981 serta Ijazah Sarjana daripada University of Hull, United Kingdom pada tahun 1991.

Mohd Zukit berkata, dengan kelayakan dan pengalaman yang dimiliki, diyakini mereka akan dapat menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai Pengerusi dan Ahli SPR mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna.

“Kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Azhar Azizan Datuk Seri Ramlan Ibrahim atas khidmat bakti sepanjang menjawat jawatan masing-masing sebagai Pengerusi dan Ahli SPR,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat