Jika BN dan PN menang di Negeri Sembilan boleh kembangkan jajaran politik ke negeri-negeri lain – Mahdzir

SEREMBAN – Sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya mencipta kemenangan bersama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini, maka adalah tidak mustahil sekiranya persefahaman ini dikembangkan sebagai jajaran politik baharu ke negeri-negeri lain.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jika BN-PN di Negeri Sembilan berjaya menawan hati pengundi negeri itu adalah wajar sekiranya jajaran politik itu difikirkan oleh pucuk pimpinan kedua-dua gabungan itu untuk melebarkan sayap kerjasama ke negeri-negeri lain.

“Saya fikir persefahaman ini (BN-PN) memang dikhususkan untuk Negeri Sembilan. Tapi kalau ia yang menjadi (menang), kalau formula BN-PN ini yang menjadi satu model yang berkali (lebih baik), (maka) pucuk pimpinan (BN-PN) boleh memikirkan untuk kembangkan persefahaman ini ke bentuk satu jajaran politik yang boleh pergi ke negeri-negeri yang lain.

“…. dan pada saya jajaran ini boleh dikembangkan selepas tengok kepada result nanti. Sebabnya dalam politik ini dinamik, mana ada dalam politik ini yang fikir hari-hari nak kalah.

“Usia Umno pun dah 80 tahun, Umno pernah berada dalam zaman kegemilangan, ada musim Umno berada pada zaman duka kemudian sederhana.

“(Oleh itu) Umno-BN kena mencari satu pilihan (alternatif) kepada bagaimana hendak berkuasa.

“Ini satu bentuk yang boleh dikaji sebagai bentuk jajaran dalam politik tanah air,” katanya ketika Wawancara Mandat @SuaraTV sempena PRN Negeri Sembilan.

Mahdzir ini menjelaskan teras kepada persefahaman BN-PN adalah boleh mewujudkan satu kestabilan atas kesatuan yang melibatkan bukan sahaja orang Melayu, tapi kaum-kaum yang lain.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat