Kerajaan teruskan 7,243 projek, cuma tangguh yang belum dimulakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan hanya menangguhkan projek-projek baharu dan sedia ada yang belum dimulakan proses perolehan dan belum diiklankan.

Manakala, sejumlah 7,243 projek pembangunan dengan jumlah peruntukan RM75.6 bilion telah diluluskan untuk pelaksanaan bagi tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan, kerajaan akan memastikan langkah-langkah penjimatan dilaksanakan ini tidak menjejaskan usaha pemulihan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

“Projek yang akan ditangguhkan melibatkan projek-projek baharu dan sedia ada yang belum dimulakan proses perolehan dan belum diiklankan; projek-projek bukan keutamaan yang telah dikenal pasti kecuali projek yang mempunyai impak segera kepada kesejahteraan rakyat.

“Projek-projek baharu dan sedia ada yang menghadapi masalah pelaksanaan seperti isu tapak dan projek-projek yang sedang dalam pelaksanaan, telah dikeluarkan iklan tender, Surat Niat dan Surat Setuju Terima akan diteruskan.

“Manakala projek-projek yang dibiayai daripada Dana Infra serta semua projek penyelenggaraan yang mustahak dan telah diluluskan akan terus dilaksanakan,” jelas beliau di Dewan Rakyat pada Khamis.

Mustapa berkata, ini penting bagi menyokong usaha kerajaan untuk merancakkan pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

Dalam pada itu, kata beliau hasil sesi libat urus antara Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Kerja Raya (KKR), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), setakat ini, beberapa projek telah dikenal pasti untuk ditangguhkan pada tahun 2022.

“Antaranya, termasuklah; pembinaan pusat pemprosesan getah bersepadu di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi; perolehan peralatan bagi memodenkan bengkel dalam bidang elektrikal di bawah Kementerian Sumber Manusia.

“Juga projek kerjasama pusat latihan teknologi tinggi dengan institusi pendidikan dan latihan di luar negara di bawah Kementerian Sumber Manusia; dan projek penyelidikan strategik di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” kata beliau.

Menurut Mustapa lagi, pihak MOF, KKR, EPU, ICU dan JKR sedang mengadakan sesi libat urus dengan semua kementerian dan jabatan sebelum keputusan muktamad mengenai projek-projek yang akan ditangguhkan dilaksanakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat