Perolehan vaksin: PAC akan panggil Khairy, Adham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil dua menteri dalam prosiding berhubung perolehan vaksin Covid-19 dan penggunaannya terhadap rakyat pada 27 dan 28 Julai ini.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan dipanggil pada 27 Julai manakala Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 28 Julai.

Kata beliau, selepas selesai prosiding 28 Julai itu, pihaknya akan memanggil dan mendengar penjelasan daripada Akauntan Negara, Datuk Dr. Yacob Mustafa pada sebelah petang.

“Pada 5 Januari lalu, PAC telah memulakan prosiding berhubung perolehan vaksin Covid-19 dan penggunaannya terhadap rakyat Malaysia.

“Dua menteri yang dipanggil ketika itu ialah Khairy dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

 

Kah Woh yang juga Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur berkata, prosiding berhubung isu itu menggunakan punca kuasa daripada PM77(1)(d) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang membenarkan PAC memeriksa apa-apa perkara lain yang difikirkan patut diperiksa.

Jelas beliau, ini mengambil kira perkembangan terbaharu mengenai perolehan vaksin Covid-19 sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa selama enam bulan.

“Dalam tempoh itu, PAC berpendapat kerajaan perlu memberikan penjelasan lebih terperinci kepada jawatankuasa ini memandangkan senarionya sudah berubah berbanding Januari lalu.

“Kita komited untuk menyiapkan laporan mengenai isu ini dan membentangkan laporan ke Parlimen selewat-lewatnya dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat sidang Dewan Rakyat bermula Oktober hingga Disember ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat