Tak perlu bayar sewa kantin, premis KPM hingga hujung tahun – Radzi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh menarik nafas lega apabila pengecualian sewa dilanjutkan sehingga hujung tahun.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pelanjutan pengecualian sewa kantin dan premis KPM di sekolah KPM bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2022.

“KPM telah membuat keputusan bahawa pengecualian sewa bagi premis KPM di sekolah KPM dilanjutkan bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2022.

“KPM yakin pelanjutan untuk tempoh 6 buoan ini akan dapat membantu dan memberi manfaat kepada pengusaha kantin dan dan juga pengusaha premis di sekolah KPM dan seterusnya memberi manfaat kepada warga sekolah,” kata Radzi dalam video yang dimuat naik di Facebooknya pada Selasa.

Kata beliau, keputusan melanjutkan pengecualian sewa ini mengambil kira situasi ekonomi semasa serta memahami bahawa pengusaha kantin dan premis dalam proses pemulihan daripada kesan pandemik Covid-19.

“Moga keputusan KPM ini dapat memberi kelegaan buat pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah bawah KPM,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat