’19 Jun beri petanda hari pengebumian’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Berakhir program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim kelapan, artis serba boleh, Allahyarham Adibah Noor sempat merakamkan lagu terakhir berjudul Kecurigaan.

Ia diterbitkan pada 24 Januari lalu dan video muzik dimuat naik dalam laman YouTube MVM Music.

Penerbit, komposer dan penulis lirik lagu Kecurigaan, Chevy Amry, pihaknya menerima jemputan menyertai program Muzik-Muzik 37 pada 19 Jun lalu.

Namun, katanya, arwah seolah-olah memberi bayangan akan pergi buat selama-lamanya apabila menolak tawaran dengan baik, enggan tampil di kaca televisyen (TV) buat waktu ini.

“Siapa sangka, pada 19 Jun juga adalah hari pengebumian arwah. Sebenarnya, sudah beberapa kali mendapat jemputan program TV seperti Muzik-Muzik dan Borak Kopitiam untuk mempromosikan lagu, tetapi arwah mengatakan tidak bersedia tampil di kaca TV.

“Di situ, saya mensyaki arwah sakit. Sebelum ini, arwah begitu teruja apabila lagu Kecurigaan mahu dilancarkan karya ini ini berpotensi besar, tetapi banyak jemputan ditolak sejak akhir-akhir ini.

“Apabila melihat gambar terbaru, arwah kelihatan cengkung dan kurus, rupa-rupanya sedang berjuang melawan penyakit kanser ovari,” katanya kepada BH Online.

Kongsi Chevy, secara kebetulan, lagu Kecurigaan menggambarkan situasi sebenar arwah.

Katanya, lirik ditulis berdasarkan pengamatan dan mendalami kisah sedih arwah.

“Saya banyak baca kisah sedih arwah. Mungkin saya menyelami situasi dan arwah begitu menghayatinya ketika rakaman. Apabila arwah menghayati lirik, nyanyiannya sampai,” katanya.

Ekoran itu, proses rakaman lagu Kecurigaan hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Kata Chevy, ia adalah durasi proses rakaman paling singkat yang pernah dilalui sepanjang pengalaman merakamkan lagu.

“Rakaman penyanyi paling pantas bekerja sepanjang pengalaman saya adalah arwah. Hanya setengah jam dan ditambah lagi, 10 minit untuk rakaman video.

“Jadi, dalam masa lebih kurang 40 minit semuanya siap termasuklah video muzik yang anda. Tak sampai sejam.

“Arwah sangat memudahkan kerja saya. Sebab penyanyi paling cepat merakamkan lagu dengan saya ambil masa dua jam, tetapi arwah hanya setengah jam sahaja.

“Walaupun setengah jam, arwah memberikan vokal yang sempurna,” katanya.

Proses rakaman dijalankan pada 13 November, tahun lalu itu adalah kali terakhir Chevy bertemu dengan arwah Adibah.

Bersyukur mempunyai kesempatan mengenali arwah biarpun dalam masa singkat, Chevy menyifatkan, penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu sangat peramah dan mudah memberikan kerjasama.

“Arwah sangat merendah diri, tidak pernah menganggap dirinya sebagai diva.

“Antara kami juga tiada jurang, arwah berborak dengan saya seperti adik dan kakak. Kali pertama jumpa, kami sudah seperti lama mengenali.

“Beliau juga tiada ‘demand’ dan menyifatkan dirinya hanya manusia biasa. Arwah tidak pernah meletakkan dirinya sebagai artis popular atau sebagainya,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat