Zahid Sembah Kepada Agong, UMNO Tinggalkan Kerajaan 1 Ogos 2021?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bahawa UMNO akan meninggalkan kerajaan selewat-lewatnya 1 Ogos 2021.

Perkara ini dimaklumkan oleh Ahmad Zahid dalam mesyuarat Biro Politik UMNO semalam dengan membaca beberapa butiran kandungan surat beliau semasa menghadap Al-Sultan Abdullah.

Sumber yang hadir mesyuarat biro politik semalam menyatakan Zahid memaklumkan beliau menyembahkan surat kepada Al-Sultan Abdullah sebagai mewakili UMNO Malaysia dengan menyatakan beberapa mandat dari Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang antaranya ialah, UMNO tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

“Presiden turut memaklumkan kepada Biro Politik bahawa beliau telah menyembahkan kepada YDP Agong bahawa Majlis Tertinggi UMNO pada 25 April 2021 telah memutuskan untuk menarik sokongan kepada kerajaan pada 1 Ogos nanti atau lebih awal.”

Surat Zahid juga menyatakan UMNO akan terus mempertahankan isntitusi kesultanan; beharapan darurat wajar ditamatkan atau tidak teruskan sebaik tamat 1 Ogos dan Parlimen mesti terus bersidang untuk proses semak dan imbang dalam semua aspek pentadbiran negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat