Timbang semula kedudukan UMNO dalam kerajaan kalau PM gagal buka Parlimen segera – Pemuda UMNO Kedah

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – UMNO perlu meneliti semula kedudukan parti itu sebagai pendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal membuka semula Parlimen dalam masa terdekat,” cadang Ketua Pemuda UMNO Kedah, Mohamad Fadzil Zolkipli.

Kata beliau ketika ini semua pihak tidak mahu lagi mendengar alasan demi alasan Parlimen tidak boleh dibuka.

Justeru, katanya, kerajaan didesak supaya merealisasikan segera pembukaan Parlimen dan tidak lagi memberi pelbagai alasan jengkel.

“Segera yang dimaksudkan adalah jangka masa terdekat dan bukannya Oktober seperti mana perancangan kerajaan sebelum ini.

“Muhyiddin perlu tampil menyatakan dengan jelas tarikh baharu persidangan Parlimen bagi meyakinkan rakyat betapa beliau tidak melawan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta jujur dalam mentadbir kerajaan,” katanya memetik Utusan Malaysia pada Isnin.

Mohamad Fadzil menambah, penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen seperti yang diumumkan Muhyiddin semalam juga dilihat sebagai satu lagi siri alasan pihak kerajaan.

“Parlimen adalah prinsip asas kepada demokrasi yang tidak seharusnya ‘dimandulkan’ atas alasan darurat kesihatan.

“Apabila Parlimen tidak bersidang, suara rakyat menjadi bisu. Membisukan suara rakyat adalah lambang kerajaan lemah dan sejarah telah membuktikan apabila suara rakyat dibisukan, mereka akan bangkit dengan keras,” ujarnya.

Akhbar pada 17 Jun lalu melaporkan Yang Dipertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Seri Paduka bertitah, keputusan itu bagi membolehkan Ordinan-Ordina Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat