Pemuda PAS Sambut Baik Langkah Pengambilan Guru Secara ‘One-Off’

- Advertisement -

Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin kerana telah mengambil langkah yang sangat baik dengan membuat pengambilan guru secara ‘one-off’.

Ketuanya, Ir.Khairil Nizam berkata, inisiatif ini juga akan membantu dalam usaha kerajaan mengurangkan kadar pengangguran dalam negara khususnya buat anak-anak muda graduan aliran pendidikan.

“Berita baik daripada Kerajaan kepada graduan aliran pendidikan dan mereka yang bercita-cita menjadi pembina anak bangsa.

“Kita semua dimaklumkan bahawa sebanyak 18,702 kekosongan Pegawai Perkhidmatan Gred DG41 akan diiklankan pada 7 Julai 2021 dan penempatan akan dilakukan secara berperingkat bermula seawal Oktober 2021.

“Kita juga dimaklumkan bahawa negeri-negeri yang mempunyai jumlah kekosongan guru tertinggi adalah negeri Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor,”ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, sebelum ini pihaknya mengambil maklum masalah kekurangan guru yang sering dibangkitkan oleh rakyat khususnya warga pendidik sebelum ini dan guru tidak mampu memberikan fokus dalam proses pengajaran.

“Kita sering mendapat aduan daripada guru yang terpaksa membuat kerja lebih masa dan diluar skop tugasan mereka sehinggakan ada yang tertekan dengan lambakan tugas, berhadapan dengan masalah psikologi yang berpanjangan dan juga menimbulkan masalah kepada keluarga mereka di rumah.

“Saya harap lebih ramai anak Sabah dan Sarawak dapat mengisi kekosongan di negeri mereka agar guru-guru daripada Semenanjung yang masih bertugas di sana dapat dipercepatkan proses mereka untuk berpindah melalui sistem e-GTukar,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat