Timbang Buka Sempadan Bagi Tujuan Perniagaan

PN Khianat Rakyat? Dulu Lompat Ke Parti Amanah Tak Khianat Ke, Soal Adun PAS

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib tidak reda dengan pertukaran kerajaan Persekutuan sekarang kerana menganggap Perikatan Nasional (PN)...

SPRM tahan tiga individu dalang tipu tuntutan PERKESO

PUTRAJAYA: Dua beranak antara tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memalsukan dokumen bagi mendapatkan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)...

Peruntukan lebih 700 juta pound untuk keluar EU

PERUNTUKAN lebih £700 juta diumumkan oleh United Kingdom untuk menguruskan sempadannya selepas ia keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) akhir tahun ini. Ia bagi membiayai kos...

Bagi saya Buka Minda Bekas Menteri Kata Pak Wan

Kuala Lumpur - Syarikat yang membangunkan aplikasi MySejahtera, Kpisoft Malaysia Sdn Bhd adalah milik anak tempatan, bukan milik syarikat di luar negara meskipun ia...

Dewan Rakyat: Khalid Samad Dihalau Oleh Art Harun

Keputusan 'panas' pertama Yang Dipertua Dewan Rakyat (Speaker) baharu, Azhar Azizan Harun ketika menaiki kerusi petang ini ialah mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid...

KUALA LUMPUR – Penganjur acara perdagangan industri, Informa Markets menggesa kerajaan menimbang membuka semula sempadan bagi pengembara perniagaan dari negara-negara yang telah berjaya mengawal penularan pandemik COVID-19.

Pengarah Urusan Kumpulan Perniagaan ASEANnya M Gandhi berkata pelaksanaan ‘travel bubble’ bagi pengembara perniagaan antarabangsa akan membantu merangsang ekonomi Malaysia.

Menurutnya, pertumbuhan ekonomi Malaysia turun kepada 0.7 peratus pada suku pertama 2020 berbanding 4.5 peratus dalam suku yang sama tahun lepas apabila pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara terjejas oleh pandemik tersebut dan seterusnya oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Lebih awal kita boleh bawa kembali perdagangan antarabangsa ke Malaysia, lebih pantas kita akan pulih,” katanya kepada Bernama.

Istilah ‘travel bubble’ atau ‘travel corridor’ merujuk kepada perjanjian yang mana negara-negara yang berjaya membendung COVID-19 boleh membuka sempadan mereka kepada antara satu sama lain bagi membolehkan pergerakan bebas dalam ‘zon hijau’ tersebut.

Buat permulaan, katanya, ‘travel bubble’ perlu dihadkan kepada Korea Selatan, Taiwan, Jepun, China, Thailand, Singapura, Australia, Vietnam dan Hong Kong yang mempunyai bilangan kes baharu harian yang hampir sama.

Pada 2019, Malaysia menerima kira-kira 930,000 pengembara perniagaan — 60-70 peratus daripadanya adalah daripada negara yang disebut di atas, yang membawa perdagangan bernilai kira-kira RM1.2 trilion.

“’travel bubble’ ini boleh menjana ekonomi perdagangan secara perlahan-lahan, tetapi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat perlu dipatuhi.

“Pengembara perniagaan perlu memastikan mereka mengambil ujian (COVID-19) sebelum memasuki Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan berkata kerajaan telah menerima cadangan bagi pelaksanaan ‘travel bubble’ dengan negara-negara jiran tetapi belum memuktamadkan keputusannya berhubung perkara itu.

Ini kerana, katanya, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum keputusan boleh dibuat.

Menurut Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen dan Pameran Malaysia (MACEOS), industri acara perniagaan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun lepas.

Pada 2019, sejumlah 1,025 acara perniagaan dianjurkan, yang menarik lebih 540,000 pengembara perniagaan antarabangsa ke Malaysia.

Acara-acara ini menyumbang perbelanjaan langsung bernilai RM3.9 bilion kepada negara dan menjana impak ekonomi sebanyak RM9.2 bilion, kata MACEOS.

Kerajaan pada dasarnya telah meluluskan SOP bagi subsektor pelancongan untuk menyambung semula perniagaan.

Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini termasuk industri mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) serta festival perdagangan dan pelancongan dalam negara.

Gandhi berkata sebagai penganjur acara, Informa Markets bersedia untuk bermula dengan menumpukan hanya kepada pembeli dan penjual domestik sahaja.

“Bagaimanapun, seperti yang kami katakan, pembeli domestik mempunyai sumber yang terhad untuk membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, oleh itu, kita perlukan pembeli antarabangsa untuk datang agar ekonomi kita boleh pulih dengan pantas,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Madu Lebah Tandatan Boleh Beri Pendapatan Lumayan

TAMPARULI, 11 Julai -- Hasil tunjuk ajar daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dua tahun lepas, Lagui Jaimin Gitut dari Kampung Rambai...

Usahawan ECER Raih Pendapatan Lumayan

KOTA BHARU, 7 Julai  - Kegigihan dan minat memasak menjadikan seorang peserta program ‘Empower ECER’ yang dianjurkan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kini...

Annuar Mahu Anak Muda Tempatan Berniaga Di Bukit Bintang, Petaling Street

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berharap agar rakyat negara ini terutama golongan muda mengambil peluang menjalankan perniagaan di Bukit...