Bayi Ini Ketika Lahir, Lebih Kecil Dari Alat Kawalan Jauh TV

- Advertisement -

London: Bayi pramatang ini ketika dilahirkan kira-kira 23 minggu dalam kandungan, adalah lebih kecil daripada alat kawalan jauh TV. Ketika dilahirkan dalam Perintah Lockdown, dia hanya diberikan tiga peratus peluang untuk hidup.

Oliver-Cash Lowther-Ryan seberat hanya 1lb 3oz (lebih kurang 500 gram) dan hanya sepanjang 7 inci apabila dia dilahirkan pada hari ketiga penutupan coronavirus pada bulan Mac.

Sekarang berusia 12 minggu, dia telah memenangi pertempuran untuk kehidupan selepas perjuangan epik yang menyaksikannya dirawat oleh pakar perubatan di tiga hospital yang berbeza.

Ibu bapa yang bangga, Ethan dan Frances, dari Walderslade, Kent, akhirnya telah dibenarkan memegang bayi mereka untuk pertama kali selepas doktor memberitahu mereka bahawa dia mungkin tidak akan hidup lama.

Bayi itu yang digelar “Rocky” – merujuk kepada perjuangan untuk hidup, Oliver, telah mengalami dua pembedahan usus yang berlubang, 11 kali pemindahan darah, mempunyai dua pendarahan diparu-paru, satu pendarahan di otak, tiga kali paru-paru runtuh dan masalah jantung.

Dia akhirnya keluar dari bahaya dan ibu bapanya bernafas lega yang amat sangat.

Ibunya Frances, 24, terpaksa menunggu sembilan minggu sebelum dia boleh memegang anaknya untuk kali pertama.

Dia berkata: “ia adalah begitu sukar kerana tidak dapat memegangnya tetapi apabila saya dibenarkan, ia adalah saat yang paling luar biasa dalam hidup saya. Tidak ada perkataan boleh benar-benar menggambarkan saat itu. Ia hanya menakjubkan untuk dapat menyentuh dan bertahan selepas sekian lama.

“Saya menunggu untuk sekian lama saya dan tidak tahu apa yang nak diharapkan tetapi ia adalah perkara yang paling menakjubkan, hanya benar-benar menakjubkan. Saya tidak pernah mengalami apa-apa seperti itu.

“Emosi yang saya rasa begitu hebat. Saya berasa seperti hendak menangis tetapi saya juga benar-benar gembira.

Kali kedua saya memegang dia, saya mampu untuk bersentuhan dengannya dan doktor kagum dengan tindak balas Oliver kerana dia begitu tenang.

“Ia adalah satu pengalaman yang positif bagi dia, juga bagi saya dan saya berasa seperti saya akhirnya mempunyai ikatan baik dengan dia”.

“Sekarang apabila saya pergi ke London untuk melihat dia, saya boleh memegang dia setiap kali dan dia menyukainya.

Pasangan itu berkata, Oliver bergantung kepada 3 alat ventilator dan mempunyai picagari khas untuk mengatur ubat-ubatan yang perlu diambilnya.

Pada satu ketika dia mempunyai kanula pada setiap lengan serta kakinya dan kanula tambahan perlu dimasukkan dalam dahi kerana tidak ada ruang yang cukup lagi tinggal.

Ethan, 29 seorang pembimbing dan Frances, seorang pelayan, amat berterima kasih kepada pasukan perubatan yang menjaga anak kecil mereka melepasi hari sukarnya.

Ethan beliau berkata: “dia adalah seorang pejuang yang menakjubkan dan dia mendapat nama samaran Rocky kerana dia tidak mengalah. Kami amat berbangga dengannya kerana telah melalui semua cabaran yang dia hadapi setakat ini – Sunday Mirror

– terjemahan dan olahan: SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat