Menjelang PRN Sabah, hubungan BN-PH perlu terus diperkukuh — Ahmad Zahid

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya bersedia untuk berkerjasama dengan mana mana parti politik yang sealiran dengan pegangan politik bagi membentuk kerajaan di negeri Sabah.

Namun beliau mahu hubungan yang membabitkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) terus diperkukuh dalam menghadapi Pilihanraya Negeri Sabah akan datang.

“Apa yang penting ialah mana-mana sahaja parti yang ada tetapi yang pentingnya BN harus memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

“Ini telah memberikan cabaran yang akan memperkuatkan Umno di Sabah dan kita sedia bekerjasama dengan mana mana parti yang kuat bagi membentuk Kerajaan di Sabah kelak,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (MAPC) & Apresiasi KKDW 2023 di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri Itu menambah, UMNO-BN masih mempunyai masa untuk membuat persediaan dimana tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri adalah pada Oktober 2025.

“Kita masih mempunyai masa yang panjang sebelum tarikh terakhir ialah pada bulan Oktober 2025 ertinya masih ada kira kira setahun setengah daripada sekarang.

“Kita pernah bersama sama dengan rakan rakan Kerajaan yang lalu tetapi kita telah terpinggir sekarang ini, namun keterpinggiran itu tidak menjadikan Umno tidak relevan di Sabah.

“Ia adalah teras utama terutamanya di dalam pembentukan Kerajaan di Putrajaya dan di Sabah juga mungkin suasana politik itu akan dapat diterjemahkan,” katanya.

Terdahulu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin
memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Bung berkata UMNO negeri perlu mengambil pendekatan itu kerana berpendapat tidak ada mana-mana parti di Negeri Di Bawah Bayu yang mampu bergerak secara solo pada PRN akan datang berdasarkan landskap politik semasa.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat