Johor Sedia Perkhidmatan Bas Percuma Ke BSI Bermula Esok

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik atau ‘shuttle’ secara percuma bagi memudahkan pengguna ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini bermula esok.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif itu diambil bagi mengatasi mengatasi masalah kesesakan yang dilalui pengembara di laluan jambatan pejalan kaki JB Sentral – BSI.

Beliau berkata, penyediaan bas ‘shuttle’ sehingga 30 April itu diputuskan dalam mesyuarat task force yang dipengerusikannya hari ini.

“Kerajaan Negeri amat mengambil berat atas perkara ini dan langkah penyelesaian yang pantas harus dilakukan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan rakyat di negeri ini.

“Shuttle bas akan disediakan bermula esok sehingga 30 April ini yang akan mengambil penumpang di Jalan Tun Razak (City Square) dan di Jalan Jim Quee seterusnya ke Drop Off Point BSI dengan kekerapan setiap 10 minit.

“Kekerapan ini akan ditambah pada waktu puncak seperti hujung minggu dan cuti perayaan,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat