Hishammuddin Jamin Tiada Lagi Ketirisan Perolehan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS)

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi jaminan Perolehan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) akan dipantau secara dekat dan laporan perkembangannya akan dimaklumkan kepada Kabinet.

Hishammuddin dalam komen balas di Facebook Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli menyatakan jaminan penuh Kementerian Pertahanan dalam aspek pemantauan.

“InsyaAllah YB. Memang itulah antara keutamaannya. Tentang pemantauan – Kabinet telah arah Jawatankuasa Tadbir Urus Khas ditubuhkan, dipengerusikan bersama oleh KSP MOF dan KSU MINDEF.

“Perjalanan proses mobilisasi akan dipantau secara dekat dalam tempoh 6 bulan seterusnya dan lapor perkembangan kepada Kabinet setiap bulan,” jelas. Hishammuddin

Manakala kata beliau lagi tentang vendor – ini memang salah satu sebab projek LCS diteruskan.

“Kita tidak mahu lebih 400 vendor yang mana lebih 100 daripadanya syarikat tempatan gulung tikar. Apatah lagi 90 peratus daripada syarikat tempatan ini ada hubung kait dengan veteran. Ini soal kebajikan.

“Manakala tentang pesalah – tiada kompromi. Terus projek tidak bermakna pesalah sebelum ini terlepas. SPRM telah digesa percepat siasatan. Siapa salah pasti dihadap ke muka pengadilan,” tegas Hishammuddin lagi.

Terdahulu, Dr Hatta dalam hantaran di Facebooknya berkata, sebagai Ahli Jawatankuasa PAC, beliau mengharapkan agar perbelanjaan projek ini dipantau rapi agar tiada lagi ketirisan seperti sebelum ini.

Kata beliau ia amat merugikan pertahanan negara dan dana rakyat Malaysia.

“Pusat Khidmat Parlimen Lumut selama ini menerima banyak aduan dari vendor yang kehilangan punca pendapatan. Kami tetap bantu sedaya mampu.

“Paling utama, pesalah penyelewengan dana negara ini seharusnya diheret ke muka pengadilan dengan segera,” kata Ahli Parlimen Lumut itu.

Sebelum jni dilaporkan perolehan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) akan diteruskan selepas mengambil kira dua faktor utama.

Hishammuddin, ketika mengumumkan perkembangan itu berkata keputusan berkenaan dicapai secara sebulat suara menerusi mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Beliau berkata, antara faktor yang diambil kira ialah bahawa LCS adalah aset yang amat dikehendaki dan diperlukan, selain bukan sekadar memenuhi perancangan pemodenan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengikut pelan transformasi sedia ada.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat